Saturday, November 17, 2012
Friday, November 2, 2012
HUBUNGAN AKAL DAN HATI
Pada kali ini saya cuba huraikan hubungan rapat antara otak dan hati, kedua-dua 'tool' ini merupa kurniaan kepada hamba yang dicintai iaitu manusia. Manakan tidak, semua orang sedia maklum bahawa semasa kejadian Adam A.S, Allah S.W.T telah meniupkan roh kepada jasad tersebut dan Allah S.W.T telah mengarahkan Malaikat dan Iblis untuk memberi tunduk hormat kepada kejadian manusia ini. Hebat bukan!!! Persoalanya, berapakah masa yang kita luangkan kepada Allah selama 24 jam sehari untuk mengingatinya??
Tetapi ini bukanlah benda yang hendak dibincangkan, perkara pokoknya adalah berkaitan otak dan hati. Cuba anda tenung sesuatu makanan atau minuman dalam kiraan 10, pejamkan mata anda. Gunakan imaginasi minda anda, imaginkan makanan dan minuman tersebut begitu sedap dan lazat dan cuba imaginkan sekiranya makanan dan minuman tersebut tidak lazat atau perut anda dalam kekenyangan. Jawapannya hanya pada anda sendiri, ini bukanlah suatu magik ianya sekadar pengalaman baru bagi anda untuk merasai hubungan otak dan hati.
Sebelum pergi lebih jauh, saya akan cuba memberikan penerangan serba sedikit berkaitan otak. Otak merupakan seuatu 'tool' atau 'gadjet' yang fungsi untuk memikir, menyimpan memori, mengarahkan anggota badan dari dalam dan luaran. Akal yang dikurniakan kepada manusia juga diletakan didalam otak. Setiap manusia mempunyai otak dan akal yang dikurniakan untuk kegunaan seharian, untuk makluman anda akal dan otak akan berhenti berfungsi apabila tiada lagi roh di dalam jasad anda. Sepanjang kehidupan anda sehingga kini pernah tak anda semua menghentikan pemikiran anda seumpama mematikan komputer anda?
Hati terletak didalam badan manusia, pada biologinya hati berfungsi kepada 3 ketagori iaitu Regulasi, Metabolisme dan Detokfikasi atau dengan mudah untuk difahami iaitu : menapis darah atau mengasingkan benda asing yang tidak digunakan dan menyerap zat makan yang dihantar melalui usus. Tetapi perumpamaan seperti 'kalau ikut hati aku' atau 'sangat menyayat hati' selalu digunakan oleh kita semua. Jadi, apakah sebenarnya fungsi hati...Menarikan?
Akal dan hati sebenarnya saling berhubungan seolah-olah rumah dan lampu, dimana lampu itu akan menerangi rumah yang gelap dan apabila dipandang kerumah itu kita akan nampak cahaya yang menampakan saiz bangunan tersebut. Begitulah kelebihan manusia yang mempunyai hati dibantu pulak oleh akal bagi menerangi hati itu supaya mencapai sesuatu tujuan. Menurut Imam Al Ghazali, beliau menyatakan bahawa hati manusia itu terdapat dua jenis pintu ;
i) Pintu Terbuka kearah Lauh Mahfudz (Penetapan Hakikat)
ii) Pintu Terbuka kearah Panca indera (urusan duniawi)
Pada pengelaman anda, jawapan yang manakah benar ?
a) Sebenarnya akal yang banyak mempengaruhi hati saya.
b) Sebenarnya hati lah yang selalu mempengaruhi akal saya.
Untuk pengetahuan semua, pada hakikatnya hati kita sangat mempengaruhi keputusan akal kita. Mengapa saya kata begitu? walaupun akal itu diumpamakan seperti lampu yang menerangi hati tetapi hati itu adalah raja kepada anggota badan apabila ianya menguasai akal kita. Manakala akal pula akan menjadi bendahara kepada hati bagi menuruti kehendaknya melalui Pintu Terbuka Panca indera. So, Pintu Terbuka Panca indera boleh diumpamakan sebagai NAFSU.
Bagaimana fungsi kerja ini berlaku? dibawah ini merupakan teori berkaitan faktor hubungan akal dan hati, dimana anda semua pernah mengalaminya. Dari teori ini cuba anda aplikasikan kepada pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini, secara tidak lansung anda akan lebih mengenali tahap keutuhan akal dan hati anda sendiri:
AKAL - Pengetahuan/Ilmu
HATI - Keyakinan/Kemahuan
NAFSU - Gangguan/Kemampuan
KESIMPULANNYA
Hati merupakan faktor utama yang mempengaruhi keputusan akal dalam perlaksanaan sesuatu tindakan yang positif atau negatif. Faktor gangguan nafsu adalah penyebab kepada berlakunya suatu persimpangan bagi keputusan atau tindakan yang dibuat. Telah diketahui umum bahawa hati itu adalah 'raja; kepada tubuh badan, ianya sangat berpengaruh kepada tindakan yang dilakukan. Di dalam agama islam kita di ajar untuk mengukuhkan keimanan, di dalam kalam Allah yakni Al-Quran juga disebut berulang kali kerkaitan mengukuhkan keimanan. Iman itu diumpamakan seperti 'pelindung' atau 'pemimpin' kepada hati bagi melindungi hati dari di pengaruhi oleh Pintu Terbuka Panca indera (Nafsu). Oleh itu, dengan keimanan yang teguh, hati kita akan mudah diterangi oleh akal dalam sesuatu keputusan atau tindakan dan ianya akan melambangkan keperibadian seseorang insan dalam perjalanan kehidupan duniawinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)