Tuesday, October 23, 2012

MARI KITA LIHAT SISTEM OTAK

Otak merupakan pusat keseluruhan anggota badan, ianya berfungsi berlandaskan beberapa pekara, anataranya:

i)  Tetapan yang hakiki
ii) Tindakan refleksi
iii)Secara paksaan


TETAPAN HAKIKI

Apakah yang dimaksudkan dengan Tetapan Hakiki, iaitu satu tetapan semulajadi bagi otak berfungsi keatas organ-organ tubuh badan termasuk degupan jantung, sistem pernafasan, sistem perkumuhan dan pelbagai lagi. Semua tindakan ini bukan lah arahan keatas otak kita. Antara contoh yang terbaik, cuba anda arahkan jantung anda berhenti!!  semua sedia maklum akan kesusahan bagi menghentikan jantung anda. Itulah kehebatan ciptaan ilahi terhadap umat manusia, seharusnya kita sebagai mahkluk umat manusia sentiasa beryukur pada setiap masa.

TINDAKAN REFLEKSI

Apakah yang anda faham Tindakan Refleksi? kebanyakan dikalangan kita pernah mengalami kemalangan terkena api semasa memasak ataupun aktiviti melibatkan api bukan!! sebagai contoh, apabila jari kita terkena api, secara tindakbalas mengejut kita akan cuba menjauhkan diri kita dari api tersebut. Perkara tersebut dikenali sebagai Tindakan Refleksi. Cuba bayangkan neuron-neuron bertindakbalas terhadap otak kita bagi menjauhkan diri kita dari kesakitan. Apakah menghadapi maut itu merupakan satu Tindakan Refleksi? Mengapa ada yang mati dalam keadaan terpejam mata dan mengapa pula ada yang mati dalam keadaan terbukak biji matanya? Marilah kita renung-renungkan, kerana kita juga akan jua menghadapinya.

SECARA PAKSAAN

Pernahkah anda dapat menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi?  Secara jujurnya dari saya, kita semua pernah mengahadapi masalah, kita semua pernah untuk menyelesaikan permasalahan, namun masalah yang diselesaikan belum tentu berjaya. Walaupun berajaya ataupun tidak berjaya kita akan tetap menyimpannya sebagai pengalaman dimasa hadapan. Tindakan anda untuk berfikir bagi menyelesaikan sesuatu permalahan adalah dikenali sebagai Tindakan Secara Paksaan. Bayangkan apabila kita menggunakan kenderaan, secara umumnya semua orang tahu kenderaan digerakan menggunakan roda berbentuk bulat, manakala roda tersebut membuat putaran melalui enjin yang dihidupkan. Pembangunan Inovatif bagi keperluan atau kemudahan ini dibangunkan oleh seseorang atau sekumpulan manusia bagi merealisasikan kedalam bentuk realiti melalui imigenasi minda kreatif.

Saturday, October 20, 2012

MINDA, OTAK DAN AKAL




MINDA

"setiap apa yang kita fikirkan adalah punca berlakukan pelbagai peristiwa.."

 

"selagi kita tahu, selagi itu kita belum tahu"

 

Minda merupakan suatu perkara yang terletak didalam bahagian otak yang bertindakbalas dengan akal yakni suatu kelebihan yang telah ditetapkan kepada umat manusia. Haiwan juga mempunyai otak yang berfungsi untuk keatas tubuh badannya, pernahkah kita melihat burung membuat rumah? mesti jawapan yang terbaik adalah TIDAK!! benarkah jawapan tersebut? tetapi burung membuat sarang, adakah sarang merupakan rumah bagi burung? ikhlas dari saya, TIDAK!! Burung membuat sarang untuk bertelur dan menjadi habitat bagi anak burung selepas anaknya dah mula boleh terbang, sarang baru akan bina semula. Bersesuaian dengan 2 penyataan seperti diatas....pada pemikiran anda, BENARKAH PERUMPAMAAN DIATAS??

 



OTAK

Terdapat 4 jenis fungsi atau sifat pada otak manusia yang ditugaskan keatas peranan yang telah ditetapkan dari pelbagai jenis peranan dalam membantu kehidupan setiap manusia seharian. Antara asas peringkat otak manusia adalah seperti berikut :

 

i)   Cereberum
ii)  Cerebellum
iii) Brainstem
iv)  Limbic System

dibawah ada menunjukan gambarajah berkaitan otak manusia:

 






 

AKAL

Para Doktor pakar dari pelusuk dunia belum pernah menemui akal, walaupun semua orang tahu akal berada didalam otak. Jika anda bertemu dengan doktor pakar otak, tanyalah doktor berkaitan AKAL, dimana AKAL, macam mana bentuk AKAL. Jika Otak itu akal, ada juga haiwan mempunyai otak, Saya  yakin dan percaya bahawa akal itu wujud dan otak itu bukan akal. Jika AKAL wujud!! dimana AKAL.  hahahaa menarik bukan, kenapa Allah S.W.T menyebut melalui kalamnya berkaitan Akal? Sebagai contoh maksud bagi sepotong ayat dari Surah Az Zumar ayat 9 :

"Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran."
 
Satu lagi contoh maksud bagi sepotong ayat dari Surah Ali Imran ayat 190 :
 
"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."
 
Kalam Allah S.W.T ini memberikan kita gambaran bahawa hubungan kita kepada Maha Pencipta (Al-Khaliq) melalui akal adalah berkait rapat bagi mengukuhkan keimanan, Yakni tekad dan yakin kewujudan Allah S.WT.