Saturday, October 20, 2012

MINDA, OTAK DAN AKAL




MINDA

"setiap apa yang kita fikirkan adalah punca berlakukan pelbagai peristiwa.."

 

"selagi kita tahu, selagi itu kita belum tahu"

 

Minda merupakan suatu perkara yang terletak didalam bahagian otak yang bertindakbalas dengan akal yakni suatu kelebihan yang telah ditetapkan kepada umat manusia. Haiwan juga mempunyai otak yang berfungsi untuk keatas tubuh badannya, pernahkah kita melihat burung membuat rumah? mesti jawapan yang terbaik adalah TIDAK!! benarkah jawapan tersebut? tetapi burung membuat sarang, adakah sarang merupakan rumah bagi burung? ikhlas dari saya, TIDAK!! Burung membuat sarang untuk bertelur dan menjadi habitat bagi anak burung selepas anaknya dah mula boleh terbang, sarang baru akan bina semula. Bersesuaian dengan 2 penyataan seperti diatas....pada pemikiran anda, BENARKAH PERUMPAMAAN DIATAS??

 



OTAK

Terdapat 4 jenis fungsi atau sifat pada otak manusia yang ditugaskan keatas peranan yang telah ditetapkan dari pelbagai jenis peranan dalam membantu kehidupan setiap manusia seharian. Antara asas peringkat otak manusia adalah seperti berikut :

 

i)   Cereberum
ii)  Cerebellum
iii) Brainstem
iv)  Limbic System

dibawah ada menunjukan gambarajah berkaitan otak manusia:

 






 

AKAL

Para Doktor pakar dari pelusuk dunia belum pernah menemui akal, walaupun semua orang tahu akal berada didalam otak. Jika anda bertemu dengan doktor pakar otak, tanyalah doktor berkaitan AKAL, dimana AKAL, macam mana bentuk AKAL. Jika Otak itu akal, ada juga haiwan mempunyai otak, Saya  yakin dan percaya bahawa akal itu wujud dan otak itu bukan akal. Jika AKAL wujud!! dimana AKAL.  hahahaa menarik bukan, kenapa Allah S.W.T menyebut melalui kalamnya berkaitan Akal? Sebagai contoh maksud bagi sepotong ayat dari Surah Az Zumar ayat 9 :

"Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran."
 
Satu lagi contoh maksud bagi sepotong ayat dari Surah Ali Imran ayat 190 :
 
"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."
 
Kalam Allah S.W.T ini memberikan kita gambaran bahawa hubungan kita kepada Maha Pencipta (Al-Khaliq) melalui akal adalah berkait rapat bagi mengukuhkan keimanan, Yakni tekad dan yakin kewujudan Allah S.WT.

No comments:

Post a Comment