MARI KITA LIHAT SISTEM OTAK
Otak merupakan pusat keseluruhan anggota badan, ianya berfungsi berlandaskan beberapa pekara, anataranya:
i) Tetapan yang hakiki
ii) Tindakan refleksi
iii)Secara paksaan
TETAPAN HAKIKI
Apakah yang dimaksudkan dengan Tetapan Hakiki, iaitu satu tetapan semulajadi bagi otak berfungsi keatas organ-organ tubuh badan termasuk degupan jantung, sistem pernafasan, sistem perkumuhan dan pelbagai lagi. Semua tindakan ini bukan lah arahan keatas otak kita. Antara contoh yang terbaik, cuba anda arahkan jantung anda berhenti!! semua sedia maklum akan kesusahan bagi menghentikan jantung anda. Itulah kehebatan ciptaan ilahi terhadap umat manusia, seharusnya kita sebagai mahkluk umat manusia sentiasa beryukur pada setiap masa.
TINDAKAN REFLEKSI
Apakah yang anda faham Tindakan Refleksi? kebanyakan dikalangan kita pernah mengalami kemalangan terkena api semasa memasak ataupun aktiviti melibatkan api bukan!! sebagai contoh, apabila jari kita terkena api, secara tindakbalas mengejut kita akan cuba menjauhkan diri kita dari api tersebut. Perkara tersebut dikenali sebagai Tindakan Refleksi. Cuba bayangkan neuron-neuron bertindakbalas terhadap otak kita bagi menjauhkan diri kita dari kesakitan. Apakah menghadapi maut itu merupakan satu Tindakan Refleksi? Mengapa ada yang mati dalam keadaan terpejam mata dan mengapa pula ada yang mati dalam keadaan terbukak biji matanya? Marilah kita renung-renungkan, kerana kita juga akan jua menghadapinya.
SECARA PAKSAAN
Pernahkah anda dapat menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi? Secara jujurnya dari saya, kita semua pernah mengahadapi masalah, kita semua pernah untuk menyelesaikan permasalahan, namun masalah yang diselesaikan belum tentu berjaya. Walaupun berajaya ataupun tidak berjaya kita akan tetap menyimpannya sebagai pengalaman dimasa hadapan. Tindakan anda untuk berfikir bagi menyelesaikan sesuatu permalahan adalah dikenali sebagai Tindakan Secara Paksaan. Bayangkan apabila kita menggunakan kenderaan, secara umumnya semua orang tahu kenderaan digerakan menggunakan roda berbentuk bulat, manakala roda tersebut membuat putaran melalui enjin yang dihidupkan. Pembangunan Inovatif bagi keperluan atau kemudahan ini dibangunkan oleh seseorang atau sekumpulan manusia bagi merealisasikan kedalam bentuk realiti melalui imigenasi minda kreatif.
jangan segan untuk komen
ReplyDelete