Salam pada semua yang sudi melihat-lihat blog yang tak seberapa dari saya. Blog yang dihasilkan ini adalah salah satu tugasan di dalam subjek Aplikasi Komputer bagi jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penugasan yang diberikan adalah untuk menyiapkan sebanyak 28 entries sebelum menduduki peperiksaan akhir semester.
Alhamdulilah entries ini adalah entries yang terakhir untuk dipersembahkan walaupun disiapkan diakhir-akhir hujung semester. Di sebabkan urusan kerja dan sosial bermasyarakat menyebabkan entries ini lambat disiapkan, sedaya upaya saya cuba menyiapkan mengikut kehendak Dr. Zaleha.
Sehubungan dengan itu, saya masih akan meneruskan penulisan blog ini dan meneruskan perkongsian maklumat-maklumat yang berguna kepada anda semua. Sebagai mencuit kenangan bersama-sama rakan di dalam makmal Aplikasi Komputer, saya serta gambar makmal yang selalu dikunjungi oleh kita semua sebagai kenangan.
MINDA
Sunday, January 27, 2013
HATI BUDI MELAYU
HATI BUDI MELAYU : KAJIAN KEPERIBADIAN SOSIAL MELAYU KE ARAH PENJANAAN MELAYU GEMILANG
Dilampirkan satu kajian berkaitan sifat hati budi orang melayu oleh Hasyim Hj. Musa (2008) Universiti Kebangsaan Malaysia. Di dalam kajian ini, dibuktikan terdapat 26 teras hati budi melayu diterjemahkan. Puisi Melayu lama menyatakan komponen teras hati budi Melayu sebagai paksi dan
panduan berperlakuan bagi anggota masyarakat demi menjaga kerukunan, kesejahteraan
dan kejayaannya. Contohnya:
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi hilanglah bangsa.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,Hina manusia tidak berbudi.
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna bernama orang.
(Hashim Hj Musa, 2001, hlm.80).
21 kunci kejayaan dunia dan akhirat
1-Kunci solat adalah
Taharah/Kebersihan.
2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.
8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.
14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT. 18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.
8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.
14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT. 18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
Celik Minda Dan Celik Hati
Oleh DR. SIDEK BABADari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
CELIK minda bermaksud berlakunya proses berfikir yang menyebabkan manusia menjadi tahu. Tahu akan sesuatu adalah asas kepada maklumat dan ilmu. Tidak semua maklumat berstatus ilmu tetapi setiap ilmu terkandung maklumat.
Manusia selalu ingin tahu siapakah dirinya dan apa yang ada di sekitarnya. Mengetahui akan sesuatu menjadikan manusia celik minda.
Celik minda semata-mata tidak memadai. Remaja memerlukan celik hati. Nilai terhadap sesuatu lahirnya dari hati. Celik minda ibarat bateri. Yang memberi makna kepada bateri ialah cahaya. Apabila cahaya memberikan suluhan ia menunjukkan jalan dan pedoman. Hidup tanpa jalan dan pedoman akan membawa kepada kesesatan. Celik minda dan celik hati tidak saja menjadikan remaja tahu akan sesuatu tetapi sesuatu yang diketahui memberi makna kepada diri dan hidupnya.
Para remaja amat memerlukan upaya celik minda ini.
Pancaindera yang digunakan dan akal yang dimanfaatkan bakal menjadikan remaja orang-orang yang berfikir. Berfikir memerlukan pedoman. Berfikir saja mengenai apa yang remaja saksikan dan alami sama ada menerusi pembacaan, pembelajaran, pengamatan, kajian dan telitian belum mampu memberi jawapan terhadap sesuatu. Ia memerlukan upaya celik hati yang sifatnya intuitif supaya asas pedoman dijadikan panduan.
Pedoman bagi remaja Islam ialah al-Quran dan sunah nabi. Sumber- sumber ini memberikan asas dan prinsip yang sangat penting dalam proses berilmu pengetahuan. Terdapat bahan-bahan bacaan, analisis dan kajian terhadap sesuatu menjadikan remaja celik minda. Apa yang tersurat tidak semestinya sama dengan apa yang tersirat . Yang tersurat dibaca dan diteliti berasaskan celik hati, ia akan membantu remaja mengetahui apa yang tersirat.
Penglibatan remaja dengan salahguna dadah, pergaulan yang lepas bebas, bersekedudukkan dan zina, faham hedonistik atau berpoya-poya yang melampau, kesukaan kepada hiburan dan pakaian yang menjolok mata, pengagum terhadap budaya dan cara hidup negatif orang lain dan meremeh tradisi dan nilai hidup yang murni secara celik mindanya dianggap suatu fenomena biasa.
Fenomena
Apabila manusia maju dalam dunia kebendaan, pilihan yang banyak dalam hiburan, tekanan yang meningkat dalam pekerjaan, masa berkualiti yang amat sedikit dengan keluarga, fenomena ini dikatakan akan berlaku. Ada kaitan jiwa yang tertekan, masalah yang membelenggu, keinginan untuk menjadi liberal dan lepas bebas, pupusnya nilai-nilai murni yang sifatnya memandu menyebabkan hal-hal tersebut berlaku.
Menjadikan celik minda sebagai asas mengkaji apa yang tersurat dan celik hati untuk mengetahui apa yang tersirat membimbing remaja kepada kisah-kisah, prinsip dan pedoman yang terkandung dalam al-Quran dan sunah nabi. Al-Quran memfokus kepada ehwal manusia (rijal) dan perilakunya. Kisah-kisah yang dirakamkan oleh al-Quran memperlihatkan gelagat manusia, kaum dan bangsa sepanjang zaman.
Masalah sosial dan keburukan yang dilakukan oleh remaja bukanlah perkara baru dalam sejarah manusia dan kemanusiaan. Yang berlaku masakini adalah pengulangan terhadap apa yang pernah berlaku masa lalu. Apa yang berlaku masakini bakal berulang pada masa depan. Kecuali para remaja dipandu oleh ibrah atau teladan dari kisah yang berlaku dan mengambil pengajaran darinya. Pengajaran itulah yang menjadi pedoman celik hati supaya remaja dapat membezakan buruk dan baik akan sesuatu.
Melakukan sesuatu dengan logik akal semata-mata belum tentu ia benar. Tetapi logik akal yang dipandu oleh faktor naqliah atau wahyu ia memandu ke arah kebenaran yang hakiki. Apabila al-Quran mempedomankan remaja mengenai ?jangan mendekati zina?, secara logiknya remaja boleh terdorong untuk berfikir, apa salahnya remaja melakukan zina kerana pada remaja ada nafsu dan keinginan. Kalau keinginan itu berlaku secara bersama apa salahnya menikmati kelazatan melakukan hubungan jenis dan pelbagai jenis.
Kalau isunya ialah takut mengandung atau dijangkiti penyakit, kondom dan ubat-ubatan boleh dijadikan alat untuk mencegah. Celik akal yang sedemikian dipandu oleh nafsu tetapi tidak dipedoman oleh celik hati.
Bila celik hati dijadikan asas, al-Quran dijadikan sumber terbaik. Al-Quran amat mementingkan gelagat manusia dan aspek keturunan supaya gelagat yang baik bakal melahirkan keturunan yang baik. Bayangkan amalan zina berlainan jenis dan sejenis boleh mendatangkan tabiat buruk kepada diri manusia.
Manusia akan hilang batas sempadan halal-haram dan ia mendorong manusia memiliki sifat melampaui batas. Celik hati tentang akibat dan musibah yang bakal berlaku hasil perbuatan yang keji itu memandu manusia tentang akibat perbuatan mungkar tersebut.
Bayangkan hasil perbuatan zina, ia melahirkan anak di luar nikah. Si lelaki akan meninggalkan perempuan itu dengan anak tanpa bapa. Anak tanpa bapa akan membesar dan dewasa dalam keadaan terhina. Anak luar nikah akan sering menyesali mengapa ia dilahirkan ke dunia. Bila al-Quran mempedoman remaja tentang batas mahram dan pergaulan, ia bermaksud supaya remaja jangan melampaui batas.
Ada ketika dorongan nafsu dan syahwat menyebabkan perbuatan yang keji dan terkutuk berlaku. Celik hati tentang salah benar sesuatu berasaskan pedoman dari Allah bakal membimbing remaja untuk menjadikannya orang yang berakhlak mulia. Celik minda dan celik hati apabila menemui titik-keseimbangannya bakal memandu remaja hidup dalam keadaan yang fitrah. Pedoman dari al-Quran terkandung sumber celik hati yang amat bernilai untuk remaja jadikan pedoman dan rujukan.
Faedah
Celik minda juga mendorong remaja untuk mengetahui sumber ilmu dan teknologi yang berkembang. Memahami dan mempelajari kehebatan dari tamadun lain tidaklah salah. Terdapat faedah berbanding dari perkembangan ilmu sains dan teknologi yang sedang berkembang di Barat dan juga di Timur.
Celik hati yang perlu ada para remaja ialah umat Islam sudah pernah memiliki kekuatan tamadun sains dan teknologi. Dunia Barat dan Timur terhutang ilmu kepada tamadun sains dan teknologi Islam suatu ketika dulu.
Para remaja Islam hari ini tidak harus bersikap nostalgik atau kagum dengan kekuatan silam saja. Para remaja harus bersikap reflektif melihat roh kekuatan silam supaya terdorong melihat hikmah di sebaliknya kemudian membina keupayaan menterjemahnya dalam metodologi masakini. Tidak saja remaja celik akal dengan apa yang berlaku kini tetapi dalam masa yang sama para remaja memiliki celik hati tentang tamadun sendiri. Darinya akan tercetus upaya menyaring yang baik bahawa teknologi selamanya alat bukannya matlamat.
Matlamat kepada teknologi ialah selama mana ia memberi manfaat dan kesejahteraan kepada kehidupan. Sains tidak hanya mengkaji sesuatu atau fenomena yang berlaku tetapi celik hati mendorong remaja untuk mengkaji hikmah di sebalik ciptaan dan kejadian Allah supaya para remaja mendapat manfaat yang tidak saja tersurat tetapi juga manfaat yang tersirat.
Inilah pedoman hakiki yang membimbing remaja ke arah kebenaran. Kebenaran adalah ibarat pancaran dari suluh cahaya. Cahaya yang dipedomankan oleh al-Quran membimbing remaja ke arah kebenaran yang hakiki. Inilah matlamat yang amat diperlukan oleh remaja dan manusia pada masakini.
* PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
TIP KESIHATAN KITA BERSAMA
Panduan yang boleh dikongsi bersama bagi menjaga kesihatan kita bersama.

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah
suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti
kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia
pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan
riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka
berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri
kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian
dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah
lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu
kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku
ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk
di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah
dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan
hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang
terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU
kepada hamba hambaMU.
Subscribe to:
Comments (Atom)

