As salam semua,
Hari cuti yang panjang ini di isi dengan program yang cukup indah sekali. Memulakan perjalanan pada hari sabtu, bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin. Sebenarnya ramai yang tidak tahu tentang kewujudan daerah jelapang padi di Kuala Rompin ini. Walaupun Kuala Rompin dikenali sebagai tempat pendaratan ikan terbesar dan menjadi lubuk kaki pemancing spesis ikan Marlin.
Selama dua hari saya berada disini untuk melawati Ibu Mentua saya yang sedang menetap sementara sebagai pesawah dalam mengusahakan tanaman padi. Cantik tak pemandangan sawah padi ini?
Indah pemandangan sawah padi nie, membuatkan hati terasa tenang dan dapat merehatkan minda bersama udara yang segar terasa begitu segar pada waktu pagi hari. Lokasi ini bukan di Kuala Selangor tetapi realitinya di Kuala Rompin.
Ini sejarahnya, Pada tahun 1975 kerajaan negeri Pahang telah memberi peluang kepada petani-petani di negeri-negeri yang mengusahakan tanaman padi untuk ke Kuala Rompin bagi membuka tanah berkawasan balak ini kepada tanaman padi sahaja. Maka bermula penghijrahan beramai-ramai anak watan negeri Kedah dan Kelantan ke Kuala Rompin ini sehinggalah sekarang mereka menetap disini sekian lama. Kebanyakan dari mereka maih menggunakan loghat bahasa negeri masing-masing.
Ini pula pandangan dari depan rumah Ibu mentua saya.... memang terbaiklah ketenangan yang dirasai:
No comments:
Post a Comment