Sunday, January 27, 2013

CUKUP APA YANG PERLU.. hehehehe

Salam pada semua yang sudi melihat-lihat blog yang tak seberapa dari saya. Blog yang dihasilkan ini adalah salah satu tugasan di dalam subjek Aplikasi Komputer bagi jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penugasan yang diberikan adalah untuk menyiapkan sebanyak 28 entries sebelum menduduki peperiksaan akhir semester.

Alhamdulilah entries ini adalah entries yang terakhir untuk dipersembahkan walaupun disiapkan diakhir-akhir  hujung semester. Di sebabkan urusan kerja dan sosial bermasyarakat menyebabkan entries ini lambat disiapkan, sedaya upaya saya cuba menyiapkan mengikut kehendak Dr. Zaleha.

Sehubungan dengan itu, saya masih  akan meneruskan penulisan blog ini dan meneruskan perkongsian maklumat-maklumat yang berguna kepada anda semua. Sebagai mencuit kenangan bersama-sama rakan di dalam makmal Aplikasi Komputer, saya serta gambar makmal  yang selalu dikunjungi oleh kita semua sebagai kenangan.

HATI BUDI MELAYU

HATI BUDI MELAYU : KAJIAN KEPERIBADIAN SOSIAL MELAYU KE ARAH PENJANAAN MELAYU GEMILANG


Dilampirkan satu kajian berkaitan sifat hati budi orang melayu oleh Hasyim Hj. Musa (2008) Universiti Kebangsaan Malaysia. Di dalam kajian ini, dibuktikan terdapat 26 teras hati budi melayu diterjemahkan. Puisi Melayu lama menyatakan komponen teras hati budi Melayu sebagai paksi dan
panduan berperlakuan bagi anggota masyarakat demi menjaga kerukunan, kesejahteraan
dan kejayaannya. Contohnya:

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi hilanglah bangsa.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna bernama orang.

(Hashim Hj Musa, 2001, hlm.80).

USTAZ DON DANIAL

Layan dengan penuh keinsafan...

21 kunci kejayaan dunia dan akhirat

1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.

2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.


3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.


4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.


5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.


6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.


7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.


8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.


9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.


10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.


11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.


12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.


13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah   SWT dan bertadabbur kepadanya.


14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.


15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.


16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.


17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT. 18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.


19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.


20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.


21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

Celik Minda Dan Celik Hati

Oleh DR. SIDEK BABA

Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)


CELIK minda bermaksud berlakunya proses berfikir yang menyebabkan manusia menjadi tahu. Tahu akan sesuatu adalah asas kepada maklumat dan ilmu. Tidak semua maklumat berstatus ilmu tetapi setiap ilmu terkandung maklumat.

Manusia selalu ingin tahu siapakah dirinya dan apa yang ada di sekitarnya. Mengetahui akan sesuatu menjadikan manusia celik minda.

Celik minda semata-mata tidak memadai. Remaja memerlukan celik hati. Nilai terhadap sesuatu lahirnya dari hati. Celik minda ibarat bateri. Yang memberi makna kepada bateri ialah cahaya. Apabila cahaya memberikan suluhan ia menunjukkan jalan dan pedoman. Hidup tanpa jalan dan pedoman akan membawa kepada kesesatan. Celik minda dan celik hati tidak saja menjadikan remaja tahu akan sesuatu tetapi sesuatu yang diketahui memberi makna kepada diri dan hidupnya.

Para remaja amat memerlukan upaya celik minda ini.

Pancaindera yang digunakan dan akal yang dimanfaatkan bakal menjadikan remaja orang-orang yang berfikir. Berfikir memerlukan pedoman. Berfikir saja mengenai apa yang remaja saksikan dan alami sama ada menerusi pembacaan, pembelajaran, pengamatan, kajian dan telitian belum mampu memberi jawapan terhadap sesuatu. Ia memerlukan upaya celik hati yang sifatnya intuitif supaya asas pedoman dijadikan panduan.

Pedoman bagi remaja Islam ialah al-Quran dan sunah nabi. Sumber- sumber ini memberikan asas dan prinsip yang sangat penting dalam proses berilmu pengetahuan. Terdapat bahan-bahan bacaan, analisis dan kajian terhadap sesuatu menjadikan remaja celik minda. Apa yang tersurat tidak semestinya sama dengan apa yang tersirat . Yang tersurat dibaca dan diteliti berasaskan celik hati, ia akan membantu remaja mengetahui apa yang tersirat.

Penglibatan remaja dengan salahguna dadah, pergaulan yang lepas bebas, bersekedudukkan dan zina, faham hedonistik atau berpoya-poya yang melampau, kesukaan kepada hiburan dan pakaian yang menjolok mata, pengagum terhadap budaya dan cara hidup negatif orang lain dan meremeh tradisi dan nilai hidup yang murni secara celik mindanya dianggap suatu fenomena biasa.

Fenomena

Apabila manusia maju dalam dunia kebendaan, pilihan yang banyak dalam hiburan, tekanan yang meningkat dalam pekerjaan, masa berkualiti yang amat sedikit dengan keluarga, fenomena ini dikatakan akan berlaku. Ada kaitan jiwa yang tertekan, masalah yang membelenggu, keinginan untuk menjadi liberal dan lepas bebas, pupusnya nilai-nilai murni yang sifatnya memandu menyebabkan hal-hal tersebut berlaku.

Menjadikan celik minda sebagai asas mengkaji apa yang tersurat dan celik hati untuk mengetahui apa yang tersirat membimbing remaja kepada kisah-kisah, prinsip dan pedoman yang terkandung dalam al-Quran dan sunah nabi. Al-Quran memfokus kepada ehwal manusia (rijal) dan perilakunya. Kisah-kisah yang dirakamkan oleh al-Quran memperlihatkan gelagat manusia, kaum dan bangsa sepanjang zaman.

Masalah sosial dan keburukan yang dilakukan oleh remaja bukanlah perkara baru dalam sejarah manusia dan kemanusiaan. Yang berlaku masakini adalah pengulangan terhadap apa yang pernah berlaku masa lalu. Apa yang berlaku masakini bakal berulang pada masa depan. Kecuali para remaja dipandu oleh ibrah atau teladan dari kisah yang berlaku dan mengambil pengajaran darinya. Pengajaran itulah yang menjadi pedoman celik hati supaya remaja dapat membezakan buruk dan baik akan sesuatu.

Melakukan sesuatu dengan logik akal semata-mata belum tentu ia benar. Tetapi logik akal yang dipandu oleh faktor naqliah atau wahyu ia memandu ke arah kebenaran yang hakiki. Apabila al-Quran mempedomankan remaja mengenai ?jangan mendekati zina?, secara logiknya remaja boleh terdorong untuk berfikir, apa salahnya remaja melakukan zina kerana pada remaja ada nafsu dan keinginan. Kalau keinginan itu berlaku secara bersama apa salahnya menikmati kelazatan melakukan hubungan jenis dan pelbagai jenis.

Kalau isunya ialah takut mengandung atau dijangkiti penyakit, kondom dan ubat-ubatan boleh dijadikan alat untuk mencegah. Celik akal yang sedemikian dipandu oleh nafsu tetapi tidak dipedoman oleh celik hati.

Bila celik hati dijadikan asas, al-Quran dijadikan sumber terbaik. Al-Quran amat mementingkan gelagat manusia dan aspek keturunan supaya gelagat yang baik bakal melahirkan keturunan yang baik. Bayangkan amalan zina berlainan jenis dan sejenis boleh mendatangkan tabiat buruk kepada diri manusia.

Manusia akan hilang batas sempadan halal-haram dan ia mendorong manusia memiliki sifat melampaui batas. Celik hati tentang akibat dan musibah yang bakal berlaku hasil perbuatan yang keji itu memandu manusia tentang akibat perbuatan mungkar tersebut.

Bayangkan hasil perbuatan zina, ia melahirkan anak di luar nikah. Si lelaki akan meninggalkan perempuan itu dengan anak tanpa bapa. Anak tanpa bapa akan membesar dan dewasa dalam keadaan terhina. Anak luar nikah akan sering menyesali mengapa ia dilahirkan ke dunia. Bila al-Quran mempedoman remaja tentang batas mahram dan pergaulan, ia bermaksud supaya remaja jangan melampaui batas.

Ada ketika dorongan nafsu dan syahwat menyebabkan perbuatan yang keji dan terkutuk berlaku. Celik hati tentang salah benar sesuatu berasaskan pedoman dari Allah bakal membimbing remaja untuk menjadikannya orang yang berakhlak mulia. Celik minda dan celik hati apabila menemui titik-keseimbangannya bakal memandu remaja hidup dalam keadaan yang fitrah. Pedoman dari al-Quran terkandung sumber celik hati yang amat bernilai untuk remaja jadikan pedoman dan rujukan.

Faedah

Celik minda juga mendorong remaja untuk mengetahui sumber ilmu dan teknologi yang berkembang. Memahami dan mempelajari kehebatan dari tamadun lain tidaklah salah. Terdapat faedah berbanding dari perkembangan ilmu sains dan teknologi yang sedang berkembang di Barat dan juga di Timur.

Celik hati yang perlu ada para remaja ialah umat Islam sudah pernah memiliki kekuatan tamadun sains dan teknologi. Dunia Barat dan Timur terhutang ilmu kepada tamadun sains dan teknologi Islam suatu ketika dulu.

Para remaja Islam hari ini tidak harus bersikap nostalgik atau kagum dengan kekuatan silam saja. Para remaja harus bersikap reflektif melihat roh kekuatan silam supaya terdorong melihat hikmah di sebaliknya kemudian membina keupayaan menterjemahnya dalam metodologi masakini. Tidak saja remaja celik akal dengan apa yang berlaku kini tetapi dalam masa yang sama para remaja memiliki celik hati tentang tamadun sendiri. Darinya akan tercetus upaya menyaring yang baik bahawa teknologi selamanya alat bukannya matlamat.

Matlamat kepada teknologi ialah selama mana ia memberi manfaat dan kesejahteraan kepada kehidupan. Sains tidak hanya mengkaji sesuatu atau fenomena yang berlaku tetapi celik hati mendorong remaja untuk mengkaji hikmah di sebalik ciptaan dan kejadian Allah supaya para remaja mendapat manfaat yang tidak saja tersurat tetapi juga manfaat yang tersirat.

Inilah pedoman hakiki yang membimbing remaja ke arah kebenaran. Kebenaran adalah ibarat pancaran dari suluh cahaya. Cahaya yang dipedomankan oleh al-Quran membimbing remaja ke arah kebenaran yang hakiki. Inilah matlamat yang amat diperlukan oleh remaja dan manusia pada masakini.

* PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

TIP KESIHATAN KITA BERSAMA



Panduan yang boleh dikongsi bersama bagi menjaga kesihatan kita bersama.
 
 
 

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.


 

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.



Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.


MENGHIBURKAN HATI ANDA!!!

Ada satu cerita menarik untuk dikongsi bersama, lihat video dibawah nie:


Yang ini pula belajar mengira paling kelakar abad ke-20


Upacara perkahwinan paling ringkas:

WALK ON WATER

PERCAYA ATAU TIDAK TETAPI ITULAH REALITINYA.....

Jom kita ushar video nie:

PERANTARAAN HATI DENGAN AGAMA

MEMASUKAN KALAM KE DALAM HATI


Jadi, jom kita tengok bagaimanakah caranya :-

  1. Tarik dan lepas nafas sebanyak 37 kali. Ia akan mencipta satu gelombang alpha.
  2. Sebut “ALLAH” dari halkum. Baca cam biasa je. Memang suara keluar dari tekak pun.
  3. Arahkan bacaan tersebut ke dua jari belah kanan korang.
  4. Ulang sebanyak 100 kali.
  5. Kemudian korang tongkatkan pulak lidah korang sambil baca “ALLAH”. Korang akan rasa bezanya, yang mana yang bertongkat lidah lebih halus bunyinya. Inilah suara hati. Yang keluar dari anak tekak adalah suara fikiran.
  6. Ulang 100x atau hingga merasakan diri sudah pun memasuki jiwa dan hati.
  7. Bacalah ayat ni lepas korang da mula khusyuk ya allah setiap kali hamba mu berzikir “Allah” saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah”
  8. Dan mulalah korang membaca al Fatihah.
Sebarang pertanyaan,  :- aura_menjaro@yahoo.com

 p/s : credit to berkatrezki

MARI BERSELAWAT


DUNIA ARAB DAN DUNIA KITA BERBEDA!!!

Arab Badwi Kembali Hidupkan Jahiliyyah


Pusat Hiburan Ferari di Abu Dhabi


Pada hadith Umar ibn al-Khattab, tentang datangnya malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w dan bertanya kepadanya tentang Islam, iman, ihsan dan hari kiamat: Nabi s.a.w menjelaskan akan tanda-tandanya:
Quote:
"Seorang hamba sahaya melahirkan tuannya, engkau mendapati seorang penggembala kambing yang tidak beralas kaki dan bertelanjang, mereka berlomba-lomba dalam meninggikan bangunan"

[HR. Muslim].
Dalam riwayat lain:
Quote:
"Apabila anda menyaksikan seorang yang bertelanjang kaki, lapar dan peminta-minta menjadi pemimpin masyarakat; maka itu termasuk salah satu dari tanda kiamat" seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah pemilik kambing, bertelanjang kaki, lapar dan menjadi peminta-minta? Beliau menjawab: "Bangsa Arab"

[HR. Ahmad, dan dishahihkan oleh al-Albani dalam "as-Silsilah as-Shahihah" (3/332)].
Seperti yang telah kita maklum bahawa Rasulullah s.a.w telah mengingatkan akan tiba satu waktu di akhir zaman ini keluarnya golongan pengembala yang dulunya dalam kemiskinan tetapi telah menjumpai kekayaan tetapi menggunakan kekayaan tersebut untuk tujuan kemewahan dan menunjuk-nunjuk.

UAE merupakan sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang dulunya adalah seorang badui padang pasir. Ibu negerinya Abu Dhabi telah bertukar dari sebuah padang pasir menjadi sebuah bandar metropolis yang mempunyai segala bentuk kemewahan dan hiburan yang diimpikan oleh manusia. Bangunan pencakar langitnya tiada tandingan didunia ini. Burj al-Khalifa bangunan pencakar langitnya yang tertinggi hanyalah akan dapat diatasi oleh Kingdom Tower ketinggiannya mencecah 1km yang mula dibina tahun lepas di Jeddah, itupun dibina oleh bangsa Arab juga.

Allah menakdirkan Abu Dhabi dari sebuah perkampungan nelayan tibab-tiba berubah secara mendadak pada tahun 1960-an apabila telaga minyak yang terkaya di atas planet ini dijumpai dikawasan perairannya. Ia kini mempunyai 99% dari simpanan minyak dunia. Wang mengalir ibarat sungai di negeri padang pasir ini. Ia mengalir kedalam poket seorang lelaki badui yang dilahirkan pada tahun 1918: Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, yang mana pada tahun 1971 beliau diangkat menaiki takhta Abu Dhabi dan UAE. Dengan kekayaan tersebut beliau telah mula merancang metamorfosis Emiriyyah kedalam bentuk yang tidak pernah dimimpikan oleh puak Badui.

Bangsa Arab Badui ini telah menakrifkan semula apakah maksud kemewahan. Inilah cogankata risalah Hotel Emirates Palace, hotel 7 bintang hanya terdapat di Abu Dhabi. Mereka mengatakan telah menggunakan sebanyak 5 kilo emas tulen setahun semata-mata untuk menghiaskan kawasan gurun tersebut.



Hotel 7 bintang Emirates Palace di Abu Dhabi



Arak bersalut emas ini hanya di hidangkan di Hotel Emirates Abu Dhabi


Wildlife Park di Pulau Sir Bani Yas mempunyai berbagai binatang seperti kijang, dubuk dan zirafah yang dilepaskan bebas berkeliaran bagi pengunjung untuk merasai suasana sebenar binatang liar. Bangunan pencakar langit seperti Corniche, iaitu sebuah bangunan yang dibina mengadap laut dan menjadi pesaing kepada Havana di Cuba untuk kepelbagaian gaya terkini.

Dengan harta kekayaan yang melimpah-ruah berjumlah lebih 27 billion USD, Abu Dhabi merancang menukarkan tanah gurun tersebut menjadi pusat seni budaya dunia yang terulung. Iaitu mengembalikan segala khazanah budaya dunia yang berasaskan hawa nafsu yang dulunya ditentang oleh para nabi dengan kemurniaan kebudayaan Islam.

Mereka merancang membawa masuk muzium Louvre (http://www.louvre.fr/en) dari Perancis dengan membayar 4.8 billion dirham untuk mendapatkan hak menggunakan karya dan juga kepakaran muzium tersebut. Ini juga bermakna ia juga membawa masuk patung-patung yang dipuja oleh kaum jahiliyyah dahulu.



Patung Bactrian Princess dari 3000B.C yang dimiliki UAE


Pada mulanya, jazirah arab dipenuhi oleh kesyirikan dan orang-orang yang menyembah berhala, kemudian Allah utus Nabi-Nya dan memberi kemudahan kepadanya dengan mengirim bala bantuan, sehingga dapat menghancurkan berhala dan mengajak mereka meng-Esakan Allah semata.

Akan tetapi bersamaan dengan semakin dekatnya kiamat, dan semakin jauhnya manusia dari agama serta dari menuntut ilmu, sebagian dari mereka akan ada yang kembali menyembah berhala, dan ini merupakan salah satu tanda kiamat. Usaha yang dilakukan oleh Arab Badui tersebut yang mula membawa masuk patung-patung berhala atas nama kesenian mengingatkan kita terhadap peringatan yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith tersebut;
Quote:
Berkata Abu Hurairah r.a: bersabda Rasulullah s.a.w: “Tidak akan terjadi kiamat hingga bokong wanita suku Daus kembali bergetar terhadap Dzul Khalashah”

[HR. Bukhari dan Muslim]
“Dzul Khalashah”: adalah nama berhala yang pada zaman jahiliyah disembah oleh qabilah Daus.

GAMBAR SEBENAR

Albert Einsten


Komputer Pertama


Staff Google Yang Pertama


Mc Donalds Yang Pertama


John Lennon


Titanic Semasa Di Pelabuhan


Madona, Sting dan 2Pac


Gambar The Beatles Yang Rare


Osama Bersama Keluarganya


Titanic Di Dasar Laut


Dinding Berlin Di Robohkan


Bandar Brazil Zaman Dahulu


Charlie Chaplin dan Gandhi


Chuck Norris dan Bruce Lee


Botol Coca Cola


Transkrip Diploma Albert Einstein


Elvis Dalam Tentera


Che Guevara dan Fidel Castro


LAMAN SESAWANG YANG MENJADI IKUTAN

Sangat berminat artikel=artikel yang dikeluarkan oleh laman ini. Banyak ilmu-ilmu berkaitan membimbing diri diajar dan dikongsikan bersama.

AKUISLAM.COM


Forum yang menjadi ikutan saya, maklumat yang cepat dan pelbagai perkongsian dikongsi bersama bersama forumer yang lain dan juga dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama islam. Nak berpolitik pun cantek... huuhuhu

CARIGOLD

NOGOLD


Blogger ikutan

PSYCHIC SPARK


cincinmasmerah.blogspot.com/

NAFSU DAN AKAL

Allah menciptakan akal dan kemudian berfirman,”Wahai akal menghadaplah engkau.” Maka akal pun menghadap Allah, kemudian Allah berfirman,”Wahai akal berbaliklah engkau.” Lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah berfirman, “Wahai akal siapakah aku?” Lalu akal pun menjawab, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu yang lemah.” Lalu Allah berfirman,”Wahai akal, tidak aku ciptakan makhluk yang lebih mulia dari engkau.”
 
Setelah itu Allah menciptakan nafsu, Allah pun berfirman, “Wahai nafsu, menghadaplah kamu.” Nafsu tidak menjawab sepatah kata pun malah mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi, “Siapakah engkau, siapakah aku?” Lalu nafsu berkata, “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Setelah itu Allah menghukum nafsu selama ratusan tahun di neraka yang sangat panas!
Kemudian Allah mengeluarkannya dan berfirman, “Siapakah engkau dan siapakah aku?” Lalu nafsu berkata, “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Setelah itu Allah menghukum nafsu selama ratusan tahun di neraka yang sangat dingin!
 
Kemudian Allah mengeluarkannya dan berfirman lagi,”wahai nafsu siapa kamu?” Lalu nafsu menjawab “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Lalu Allah berfirman,”Masih begitu juga engkau nafsu?” Lalu Allah masukan lagi nafsu ke neraka selama ratusan tahun dan dilaparkan! Setelah itu Allah berfirman kepada nafsu,”Wahai nafsu siapa kamu?” Lalu nafsu menjawab aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah tuhanku. Lalu Allah berfirman “Wahai nafsu sekarang engkau masuklah bersama tubuh anak Adam”.
 
Nah, baik otak maupun nafsu keduanya ada di dalam tubuh kita. Nafsu itu sendiri tidak bias kita hilangkan, melainkan hanya bias kita kendalikan. Bagaimana caranya? Selain dengan cara seperti kisah diatas yaitu melaparkan nafsu atau berpuasa, kita bisa lebih mudah mengendalikan hawa nafsu dengan cara menggunakan otak kita. Ya, menggunakan otak kita!
 
 

DOA PENYEJUK HATI


Untuk perkongsian bersama. Amalkan Insya Allah... ini pula zikir penenang hati:

DRAMA MELAYU TAPI REALITI

“Anak tak guna!” Ayat yang biasa dihamburkan oleh seorang ayah terhadap anaknya yang selalu berbuat salah. “Ayah kerja siang malam nak bagi engko senang, engko langsung tak reti!” jerkah sang ayah lagi.

Biasanya yang dimarah itu ialah anak remaja lelaki, sudah habis sekolah setakat tingkatan lima dan sekarang menganggur. Siang hilang malam baru balik. Itu pun sekali sekala. Ada kalanya langsung tak nampak muka hingga beberapa hari.

Dalam drama Melayu, dialog seperti ini biasa sangat didengar. Biasanya sang ibu akan cuba menenangkan sang ayah tetapi sang ayah akan menjerkah sang ibu pula dengan kata-kata, “Itulah awak, manjakan anak sangat!”

“Sudahlah tu bang. Budak tu baru balik. Biarlah dia makan dulu,” bela sang ibu dengan suara penuh kerisauan.

Rasanya masyarakat kita sinonim dengan masalah manja tak bertempat atau terlalu dimanjakan. Kalau tidak masakan dialog serupa itu menjadi sesuatu yang sinonim pula di telinga kita.

Punca pada tragedi begini adalah kegagalan berbuat baik. Anak gagal berbuat baik terhadap ibu bapa dan ibu bapa gagal berbuat baik pada anak. Jika anak yang gagal berbuat baik itu biasa tetapi ibu bapa yang gagal berbuat baik terhadap anak itu amat luar biasa.

Mana ada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya kebuluran sedangkan dia sendiri tersandar kekenyangan. Mana ada ibu bapa yang sanggup berpakaian cantik sedangkan anaknya berpakaian koyak rabak.
Jadi, di manakah hujah untuk mengatakan ibu bapa gagal berbuat baik kepada anak-anak?

Untuk hidup dengan sempurna, pakejnya mesti lengkap. Rumah, pakaian, makan minum dan sebagainya, namun itu hanyalah keperluan luaran. Ia sebahagian daripada harga pakej yang perlu dipertaruhkan. Ada lagi yang tidak kurang penting malah kadang-kadang jauh lebih penting daripada apa yang disebutkan tadi? Tidak lain tidak bukan KEFAHAMAN.

Ramai remaja merasakan dirinya tidak dipedulikan apabila ibu bapa gagal mempamerkan bahawa mereka memahami apa yang tersembunyi di dalam lubuk hati mereka. Mereka merasakan dua alam yang berbeza. Susah sungguh untuk berbicara dengan orang tua. Susah sungguh untuk memahamkan mereka tentang gejolak hati remaja. Dalam masa yang sama orang dewasa sentiasa membanding-bandingkan anak-anak mereka dengan zaman yang pernah mereka lalui dahulu.

“Ayah, pada usia macam engko ni, dah pergi menoreh cari duit. Engko bukan je malas, nyakitkan hati pulak!” Itu bahasa yang biasa dikeluarkan untuk melambangkan kekecewaan yang terlampau.

Ibu dan ayah memang wajar berasa sedih dan kecewa dengan perlakuan anak-anak mereka. Anak-anak juga wajar merasakan dia tidak dipedulikan walaupun nyata tiada apa yang kurang. Makan, pakaian, tempat tinggal dan kasih sayang; semua diperolehi tanpa kompromi.

Cuma satu yang kurang – tiada komunikasi dari hati ke hati.
Pincangnya satu-satu hubungan keluarga ialah kemesraan yang amat kurang dan terlalu memendam perasaan. Apabila hal demikian mengambil tempat, renungkan firman TUHAN, “... dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya ALLAH menyukai (mencintai) orang yang berbuat baik.”

Salah satu kaedah berbuat baik ialah saling memahami dan komunikasi hati ke hati.



MENGISI MASA LAPANG UNTUK KETENANGAN JIWA

As salam semua,

Hari cuti yang panjang ini di isi dengan program yang cukup indah sekali. Memulakan perjalanan pada hari sabtu, bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin. Sebenarnya  ramai yang tidak tahu tentang kewujudan daerah jelapang padi di Kuala Rompin ini. Walaupun Kuala Rompin dikenali sebagai tempat pendaratan ikan terbesar dan menjadi lubuk kaki pemancing spesis ikan Marlin.

Selama dua hari saya berada disini untuk melawati Ibu Mentua saya yang sedang menetap sementara sebagai pesawah dalam mengusahakan tanaman padi. Cantik tak pemandangan sawah padi ini?


Indah pemandangan sawah padi nie, membuatkan hati terasa tenang dan dapat merehatkan minda bersama udara yang segar terasa begitu segar pada waktu pagi hari. Lokasi ini bukan di Kuala Selangor tetapi realitinya di Kuala Rompin.

Ini sejarahnya, Pada tahun 1975 kerajaan negeri Pahang telah memberi peluang kepada petani-petani di negeri-negeri yang mengusahakan tanaman padi untuk ke Kuala Rompin bagi membuka tanah berkawasan balak ini kepada tanaman padi sahaja. Maka bermula penghijrahan beramai-ramai anak watan negeri Kedah dan Kelantan ke Kuala Rompin ini sehinggalah sekarang mereka menetap disini sekian lama. Kebanyakan dari  mereka maih menggunakan loghat bahasa negeri masing-masing.

Ini pula pandangan dari depan rumah Ibu mentua saya.... memang terbaiklah ketenangan yang dirasai:

Tuesday, January 15, 2013

KESIHATAN MINDA

Assalam semua..

Letih tubuh badan nie..fuuhhh lama tak jogging katakan. Dulu hampir 2 kali seminggu siap kawal BMI lagi.. bawah 23 tuuu. Semenjak dua menjak nie.. rasanya sebulan sekali pun susah.

Dah berkali-kali jogging, dah kenikmatan stamina kembali. Sudahla merokok..mula-mula jogging hari tu, mcm nak pengsan jer..

Sebenarnya apabila kita berjogging atau brisk walking atau bersenam, secara tidak lansung, ianya melancarkan segala peredaran darah kita dan badan rasa cergas. Apabila peredaran darah kembali lancar, kesannya adalah minda kita akan teransang lebih cepat seumpama berlaku kecegasan keatas minda kita.

Kalau tak percaya cer try yer.. ok

CHOW SIN CHI..

Saturday, January 12, 2013

GELOMBANG MINDA (BRAINWAVE)

Otak manusia yang dijadikan tuhan terdiri daripada berbilion sel yang dipanggil neuron. Kombinasi sel-sel ini mencetuskankan aliran elektrik di dalam otak manusia dan boleh dikesan melalui alat yang dipanggil electroencephalograph (EEG). Aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda (brainwave).
Gelombang minda akan sentiasa berubah mengikut aktiviti yang di lakukan oleh seseorang. Sebagai contoh orang yang sedang tidur dan orang yang dalam keadaan jaga gelombang minda mereka sangatlah berbeza.
Secara amnya gelombang minda dibahagikan kepada 4 tahap:

Beta (12hz-38hz)

Dalam keadaan jaga dimana manusia melakukan aktiviti harian yang melibatkan penggunaan minda sedar (conscious mind). Orang yang berada di tahap ini selalunya mereka yang sedang bekerja, berbincang, membuat pilihan dan juga menganalisa (berfikir) dimana otak berfikir secara logik dan konsentrasi. Mereka yang gelombang mindanya yang berada pada tahap aktiviti beta yang tinggi (higher beta) biasanya akan mengalami masalah mengawal emosi serta mengalami tekanan perasaan, Attention Deficit Disorder (ADD) dan sukar tidur (insomnia). Stimulasi pada tahap beta membolehkan kita mengatasi masalah mental yang tidak stabil, tahap tenaga, konsentrasi dan boleh juga meningkatkan IQ seseorang.

Alpha (8hz-12hz)

Dalam keadaan jaga dan tenang. Biasanya kita akan berada di tahap ini sewaktu kita sebelum kita tidur dan juga selepas bangun dari tidur. Apabila kita menutup mata secara automatik minda akan mula menghasilkan gelombang alpha. Di tahap alpha biasanya kita akan lebih mudah menerima saranan dan tahap ini sangatlah efektif untuk menghipnosis diri sendiri (self-hypnosis), “mental re-programming” dan pembelajaran yang pantas. Pada tahap ini jugalah kita dapat menggunakan deria yang ke-6 (ESP-Extra Sensory Perception) di mana kita akan lebih peka pada pendengaran, penglihatan, sentuhan, gerak hati dan lain-lain.
Kajian yang dijalankan saintis juga menunjukkan kanak-kanak banyak menghabiskan masa dalam keadaan jaga (beta) tetapi gelombang minda mereka berada pada tahap alpha-Theta. Semakin mereka membesar (akil baliqh) minda kanak-kanak akan mula menghasilkan semakin banyak gelombang beta. Sebab itulah kita tengok kanak-kanak cepat belajar/tangkap apa yang kita cakap/buat. (moral of the story: kalau dah tua tu takyah la nak belajar lagi he he kalau nak belajar gak kena selalu la masuk alpha).
 
Theta (3hz-8hz)
 
Pada saat ini kita akan berada di dalam keadaan yang amat tenang. Tapi ramai orang bila dah berada tahap ni terus tertidur. Jarang sekali orang dapat mencapai tahap theta dan berada di dalam keadaan sedar. Sebaiknya pada tahap ini, tubuh fizikal tidur tapi minda hendaklah dalam keadaan jaga. Bukan senang kerana kebanyakan orang tubuh dan minda mereka tidur bersama-sama. Tahap theta ni bolehlah di katakan tahap spritual di mana di tahap ini kita boleh melakukan aktiviti-aktiviti luarbiasa seperti keluar dari tubuh fizikal – out of body experience (OOBE), mimpi berarah (lucid dreaming), remote viewing dan macam-macam lagi.


Delta (0.2hz-3hz)

Tahap gelombang minda yang paling rendah. Mereka yang berada pada tahap ni biasanya orang yang tidur mati (deep sleep) dan tidak bermimpi. Pada tahap ini juga pituitary gland yang terletak di tengah-tengah otak akan menghasilkan Human Growth Hormone (HGH). Minda pada tahap akan akan melakukan proses penyembuhan diri sendiri (self-healing) pada tubuh fizikal.
Walaupun seseorang itu berada pada tahap beta, tetapi tahap-tahap minda yang lain seperti alpha, theta dan delta boleh dihasilkan oleh minda pada masa yang sama.
Melalui pengalaman peribadi saya, kita boleh mengambil kesempatan yang ada pada tahap gelombang minda yang tertentu untuk membolehkan kita lebih produktif, fokus dan kreatif. Pengetahuan mengenai gelombang minda ini amat berguna terutamanya pada mereka ingin mempelajari ilmu tenaga dalam, reiki, mind power, hipnosis dan sebagainya.

10 Tips Meningkatkan Keupayaan Minda Anda

Seperti mana anggota tubuh yang lain, keupayaan minda akan mula menurun apabila manusia semakin tua. Akan tetapi kita boleh mempertahankan dan melambatkan proses penemuaan minda… diantaranya ialah dengan:


1) Bersenam
2) Sentiasa mempelajari benda yang baru
3) Stimulasi minda
4) Interaksi sosial
5) Tidur dan tidur-tidur ayam
6) Atasi stres
7) Ketawa dan lawak jenaka
9) Pemakanan
10) Lain dari yang lain…

Hati bersih jiwa mantop

Assalam semua

Semalam baru pulang dari Pulau Langkawi, banyak kenangan dan Ilmu pembelajaran di perolehi. Selepas tiba di Kuala Perlis, saya begerak menggunakan kereta untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Setibanya di Plaza Tol Sungai Dua, teringat saya kepada kedua orang tua saya di kampung. Dalam menghadapi persoalan tersebut, saya telah membuat pilihan untuk singgah kerumah Ibu dan Bapa saya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Suasana dan keindahan pantai dapat dinikmati seketika setibanya saya di perkarangan rumah Ibu dan Bapa saya. Sempat lah juga saya bersembang-sembang dengan mereka sehingga kelewat malam. Apabila jam menunjukan pada 12.00 tengah malam, saya mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sengaja saya mengajak kedua ibu bapa saya ke sana. Tak disangka-sangka mereka bersetuju untuk kesana.

Moralnya disini, tak kiralah kedua orang tua kita masih hidup atau sudah menuju ke alam barkhah semestinya sebagai anak, kita perlu mempunyai hati yang bersih kepada kedua ibu bapa kita. Maksudnya, kita wajib mengingati mereka, sentiasa mengambil berat dan setiap masa mendoakan kebaikan kepada mereka.

p/s : hati yang bersih dapat meningkatkan jiwa yang mantop serta memberikan kesenangan didunia dan di akhirat. Kalau tak percaya, cuba kita doakan setiap hari kepada kedua ibu bapa kita.

MINDA DAN GERAK HATI

Assalam semua,

Kehidupan seharian kita selalunya memerlukan kita untuk membuat keputusan. Masalah-masalah yang dihadapi adalah dari jenis yang kecil sehingga sebesar-besar masalah dan kita akan menggunakan minda kita untuk menyelesaikanya.

Beberapa contoh masalah-masalah yang dihadapi kita seharian adalah:

- Nak makan apa malam nie?
- Nak pegi kerja ke tak eh?
- Laporan tugasan belum siap lagi la, Bila nak buat ek?
- Nak masak apa malam nie?

Rangsangan dari minda memerlukan hati bimbingan dari hati bagi mengembalikan semula respon dari hati kepada minda untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, Hati akan memberikan dua dan tiga persoalan dan minda diminta membuat keputusan. Dalam hati terdapat Nafsu, Oleh itu berbagai-bagai persoalan akan diterbitkan manakala minda diminta untuk membuat keputusan.

Tuesday, January 8, 2013

HATI DAN MINDA TENANG

Merehatkan Minda


Selepas beberapa minggu sibuk dengan tugas hakiki dan  menduduki exam Midterm dengan persediaan yang mengambil masa tidur untuk study. Hal ini sangat memenatkan badan dan minda. Pada awal minggu ini saya berpeluang mengikuti kursus wajib tahunan bersama pelbagai agensi penguatkuasaan di Langkawi, Kedah. Kursus ini juga memerlukan kemahiran minda yang tinggi dalam mengetahui selok belok perniagaan penjenayah, namun subjek asas yang telah di pelajari pada awal Disember tahun lepas tidak menjangkalkan saya.

Apa yang paling penting adalah tempat kursus yang begitu menenangkan minda dan hati saya. Macamana perkara ini dikata tenangkan hati dan minda.. Mari kita selidik dan kaji bersama;

Keadaan persekitaran ;
- Keadaan persekitaran juga memainkan peranan dalam memberikan ketenangan minda anda. Pemandangan yang indah dan suasana yang menenangkan minda secara tak lansung dapat memberikan kesan ketenangan kepada hati. Ini bermaksud hati yang tenang di istilahkan sebagai 'Lapang Dada' oleh perkataan orang tua-tua dahulu.

cuba anda perhatikan pemandangan tempat kursus saya yang beralatar belakangkan pulau, laut yang terbentang, kapal yang belayar dan udara yang segar.



Melihat keadaan ditempat orang;
- Sosial ekonomi dan sosial kehidupan di tempat kita dan tempat lain adalah tidak sama. kalau kita dibandar, masa sangat mencemburui kita dengan tugas-tugas seharian kita dan persekitaran ditempat kita menjadi biasa kerana sentiasa dapat kita lihat. Apabila datang kesini saya dapati ramai pelancong dari luar dan dalam negara yang bertandang kesini. Yang menariknya, penduduk tempatan disini berpeluang menjalankan perniagaan dan menjadi sumber pendapatan kepada mereka.

Pemandanagn di pantai cenang bersama rakan-rakan